/
TAMADUN MELAYU TERAS TAMADUN MALAYSIA TAMADUN MELAYU TERAS TAMADUN MALAYSIA

TAMADUN MELAYU TERAS TAMADUN MALAYSIA - PowerPoint Presentation

accompanypepsi
accompanypepsi . @accompanypepsi
Follow
353 views
Uploaded On 2020-08-05

TAMADUN MELAYU TERAS TAMADUN MALAYSIA - PPT Presentation

Hasil Pembelajaran Menerangkan asasasas pembentukan tamadun Melayu Menjelaskan kesinambungan antara tamadun Melayu dan Malaysia Mengenal unsurunsur tamadun Melayu sebagai dasar kebangsaan Malaysia ID: 799332

dan melayu yang islam melayu dan islam yang tamadun kerajaan undang masyarakat dalam arab oleh dari melaka antara spt

Share:

Link:

Embed:

Download Presentation from below link

Download The PPT/PDF document "TAMADUN MELAYU TERAS TAMADUN MALAYSIA" is the property of its rightful owner. Permission is granted to download and print the materials on this web site for personal, non-commercial use only, and to display it on your personal computer provided you do not modify the materials and that you retain all copyright notices contained in the materials. By downloading content from our website, you accept the terms of this agreement.


Presentation Transcript

Slide1

TAMADUN MELAYUTERAS TAMADUN MALAYSIA

Hasil Pembelajaran

Menerangkan asas-asas pembentukan tamadun Melayu

Menjelaskan kesinambungan antara tamadun Melayu dan Malaysia

Mengenal unsur-unsur tamadun Melayu sebagai dasar kebangsaan Malaysia

Kandungan

Konsep Melayu

Asas Tamadun Melayu

Pandangan Semesta Tamadun

Melayu

Teori kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Kesan Islam Dalam Tamadun Melayu

Sejarah Pencapaian Tamadun Melayu

Pencapaian dalam Pelbagai Bidang

Slide2

PENGENALAN

Tamadun Melayu (TM) dibentuk oleh masyarakat Melayu yang berada di wilayah Asia Tenggara yg dikenali gugusan Kepulauan Melayu @ Nusantara @ Alam Melayu @ gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia

Dua perkara mewarnai TM:

Bahasa Melayu Agama IslamKONSEP MELAYUIstilah Melayu merujuk

Slide3

Alam Melayu:Merangkumi kawasan kepulauan Melayu merentasi Asia Tenggara hingga sempadan AustraliaOrang Melayu yang merantau melepasi

Kepulauan Melayu digelar Melayu Diaspora

Melayu dalam Perlembagaan Malaysia

Perkara 160, Melayu ditakrifkan:Lazimnya berbahasa MelayuMengamalkan adat istiadat MelayuBeragama Islam

Slide4

ASAS-ASAS TAMADUN MELAYUTamadun Melayu – masyarakat Melayu yg mempunyai struktur sosial – Raja, Ulama, pembesar, pedagang dan petani.

Kemunculan tamadun Melayu diakitkan dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu

Asas Pembentukan Tamadun Melayu

Masyarakat Melayu dikatakan mula bertapak sejak 5,000 thn dahulu.Kemunculan tamadun dan masyarakat Melayu berteraskan penguasaan pertanian.Amalan mesyuarah dlm kalangan masyarakat Melayu mencerminkan nilai kesakmaan anggota masyarakat. Lazimnya diamalkan kalangan masyarakat desa, manakala golongan Istana berkuasa mutlakNilai2 luar turut mempengaruhi masyarakat Melayu spt. Hindu dan Buddha, Islam, kuasa Barat – British.Istimewanya, masyarakat Melayu boleh menyesuaikan nilai luar dgn nilai tempatan.

Slide5

Kemunculan TM Hasil Penguasaan Laluan DagangWujudnya kerajaan-kerajaan Melayu seawal 2,500 tahun dahulu

spt di Lembah Bujang, Kedah dan Kuala Selinsing, Perak membuktikan terdapat pelabuhan-pelabuhan yang mengendalikan perdagangan.

Antara nilai yang dapat

dilihat berteraskan aktiviti ekonomi perdagangan iaitu interaksi dgn masyarakat luar, bersifat terbuka, menghormati undang2 tempatan mengambilkira pandangan pihak lainPembentukan Empayar Melayu Sebelum IslamWujud pengaruh agama Hindu-Buddha pd kerajaan-kerajaan Melayu awal. Ianya dpt dilihat pada monumen keagamaan spt candi lembah Bujang, candi Borobodur, Indonesia, Angkor Wat, Kemboja.

Binaan kuil-kuil tersebut menggambarkan ketinggian kesenian tersendiri masyarakat Melayu ketika itu

Empayar Melayu yang

besar dan luas

– empayar Funan dan empayar Sri Vijaya – menguasai laluan dagang

Kerajaan

Melayu spt

Langkasuka dan Beruas di Tanah

Melayu dan

Sri Vijaya dicatat dlm catatan sejarah sarjana India dan Cina

Slide6

Samb….Selepas

Kedatangan Islam

Kedatangan Islam telah membentuk tamadun Melayu baru di mana menjadikan Tamadun Melayu gemilang spt Kesultanan Melayu Islam Melaka, Acheh, Pasai, Perlak, Patani, Johor-Riau yang menjadi pusat keintelektualan dan persuratan Melayu

Antara

karya

yang dihasilkan - Hikayat

Raja-raja

Pasai

, Hikayat

Amir

Hamzah

, Hikayat Hang Tuah, Hukum

Kanun

Melaka dan

Undang-undang

Laut

Melaka

, Adat

Raja-raja

Melayu

, Sulalat

al-

Salatin

@

Sejarah

Melayu

dsb

.

Antara

tokoh

ilmuan

Melayu

yang

lahir

pada

zaman

ini

Hamzah

Fansuri

,

Arshad

al-

Banjari

,

Syeikh

Daud

al-

Fatani

, Yusuf al-

Makasari

dll

.

Istana,

masjid

,

sekolah

pondok

,

madrasah

berfungsi

sebagai

pusat

pengembangan

ilmu

.

Bahasa

Melayu

menjadi

bahasa

ilmu

dan

lingua franca.

Pelaksanaan

undang-undang

Islam

dan

adat

spt

Hukum

Kanun

Melaka

dan

Undang-undang

Laut

Melaka bukti ketamadunan Melayu Islam.

Slide7

Teori Kedatangan Islam ke Alam Melayu

Dibawa dari India

Dibawa dari China dan Champa

Dibawa dari Arab

Slide8

Islam Dibawa Dari IndiaKebanyakan sarjana Barat menyokong teori ini spt Snouck Hugronje, B. Harrison, Thomas Arnold, Weirtheim, Monquette

Mereka berpendapat Islam dibawa ke Alam Melayu oleh pedagang-pedagang India Muslim dari India

Pendapat Monquette

Islam dibawa dari arah Gujerat, IndiaHujahnya – wujud persamaan batu nisan di Pasai (1428M) dan di Gerisik (1419M) dgn di Gujerat.Thomas ArnoldIslam dibawa dari arah Banggala atau MalabarHujahnya – persamaan mazhab di daerah ini dgn di Alam Melayu iaitu Mazhab SyafieKebanyakan hujah teori sarjana Barat ini tidak diterima oleh kebanyakan ahli sejarah kerana fakta yang tidak kukuh.

Slide9

Islam Dibawa dari China dan ChampaMenurut laporan China Islam – orang Arab Islam telah sampai ke China pada zaman Dinasti Pang (627-650M)Wahab Abi Kabsyah utusan Rasulullah s.a.w telah sampai ke Canton dan meninggal di situ.

Khalifah Saidina Uthman B Affan juga pernah mengutus Saad Abi Waqas ke Canton dan telah membina masjid di situ.

Pada 878M tercetus pemberontakan di Canton ekoran rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi orang Islam. Keadaan ini mendorong orang Arab Islam melarikan diri mencari perlindungan hingga ke Alam Melayu.

Antara bukti teori Islam disebarkan oleh orang Arab Islam dari China ke Alam Melayu:Penemuan batu nisan bertarikh 1039M dan tugu yang tercatat hukum Islam (1025M) di ChampaPenemuan batu bersurat di Kuala Berang, TerengganuSarjana yang menyokong teori ini S.Q Fatimi dan R.O Winstedt

Slide10

Islam Dibawa dari ArabKebanyakan ahli sejarah termasuk sarjana tempatan seperti Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Dr. Hamka menyokong teori ini.

Hujah / bukti Islam dibawa terus dari Arab:

Pengaruh tulisan jawi yang sama dengan huruf-huruf Arab, Cuma terdapat penambahan utk disesuaikan dengan sebutan tempatan seperti

ga, cha, nga, pa, nyaCara tata bacaan al-Quran di Alam Melayu mirip dengan tata bacaan di Arab dan tidak mirip bacaan orang India atau ChinaPengIslaman raja-raja Melayu oleh pendakwah Islam dari Arab spt Maharaja Derbar II (Kedah) pd 1136M diIslamkan oleh Syeikh Abdullah b Syeikh Ahmad dari Yaman, Parameswara telah diIslamkan oleh Syeikh Abdul Aziz dari Jeddah dan menukar nama Sultan Muhammad Shah. Pengaruh istilah dan perkataan Arab seperti kitab, ilmu, kerusi, sultan, syukur dll termasuk pada nama dan penggunaan bin / binti.Hubungan perdagangan antara Arab dan Alam Melayu telah terjalin sejak sebelum kedatangan Islam lagi.Khalifah Muawiyah Abi Sufian dikatakan telah berdakwah ke atas kerajaan Hindu Srivijaya. Kajian menunjukkan kebanyakan raja-raja Melayu spt Brunei, Acheh, Patani, Champa, Pahang, Johor, Terengganu dan Perlis berketurunan Ahl al-Bayt (keturunan nabi Muhammad)

Slide11

Kesan Islam dalam Tamadun MelayuAkidahKedatangan Islam telah merubah kepercayaan, corak hidup dan pandangan semesta masyarakat Melayu daripada kepercayaan Hindu-Buddha dan animisme.

Masyarakat Melayu mempercayai dan mengimani Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.

Antara asas pandangan semesta tamadun Melayu-Islam:

Percaya kepada Allah yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir dan Pemelihara AlamKonsep perhitungan dan pembalasan di akhiratYakin kepada pembalasan amalan baik dan sebaliknyaMenghormati maruah dan martabat manusia, keadilan dan kebebasanKesederhanaan dan keseimbangan dalam hidup (jasmani, rohani, emosi dan akal)Walaupun adat kepercayaan Hindu-Buddha dan animisme masih diamalkan oleh masyarakat Melayu pada peringkat awal kedatangan Islam, namun lama kelamaan ianya mula terhakis.

Slide12

Politik / KerajaanWujud pusat-pusat kerajaan Islam di Alam Melayu seperti kerajaan Islam Acheh, Perlak, Samudera-Pasai, Melaka, Mataram, Kedah dan JohorSistem pemerintahan bersultan diperkenalkan. Jawatan mufti turut diperkenalkan bagi menasihati sultan dalam hal ehwal Islam.

Sosial

Terdapat nilai-nilai persamaan taraf antara manusia, tidak wujud lagi sistem perhambaan dan amalan kasta sebagaimana yang diamalkan sebelum kedatangan Islam. Sungguhpun masih kedapatan perbezaan status antara golongan bangsawan dengan rakyat tetapi perbezaan itu tidaklah begitu ketara.

Islam mengajar anggota-anggota masyarakat Melayu mengeratkan hubungan persaudaraan sesama Islam, bantu-membantu dan tolong-menolongUndang-undangUndang-undang berlandaskan syariat Islam diperkenalkan seperti Hukum Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka di zaman kesultanan Melayu Melaka. Pengaruh undang-undang Islam turut menggantikan undang-undang adat. Ini dapat dilihat dalam undang-undang Pahang, undang-undang johor dan perlembagaan Terengganu

Slide13

EkonomiKedatangan Islam telah meningkatkan aktiviti perdagangan, namun aktiviti seperti pertanian, penternakan dsb masih berjalan.amalan riba, merampas dan penipuan dalam jual beli tidak lagi diizinkan. Bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan umum, kekayaan yang diperolehi hendaklah dikeluarkan zakat dan digalakkan berwakaf dan melakukan amal

Kesenian

Pengaruh Islam dalam bidang kesenian meliputi pelbagai aspek, seperti arkitektur, epigrafi, kaligrafi, seni ukir, seni logam dan sebagainya.

Aspek arkitektur atau seni bina dapat dilihat pada bangunan masjid, surau atau madrasah, istana, rumah, kota dan sebagainya. Khusus tentang masjid yang merupakan pusat ibadat umat Islam mempunyai beberapa ciri asasi pengaruh kesenian Islam seperti bumbung kubah, mihrab dan mimbar, menara dan tulisan-tulisan khat yang menghiasi dinding-dinding masjid.Epigrafi seperti prasasti atau batu bersurat dan batu-batu nisan kebiasaannya terdapat tulisan-tulisan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat al-Quran serta angka-angka Arab. Batu nisan di Langgar Kedah misalnya terdapat catatan kalimah Syahadah dengan tulisan khat kufi. Manakala prasasti di Terengganu terdapat nasihat dan perintah bagi mentaati hukum-hukum syarak

Slide14

Bahasa dan SasteraBahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu dan bahasa lingua franca di Alam Melayu.

Sistem tulisan dipengaruhi Arab-Jawi.

Muncul sastera Melayu bercirikan Islam seperti prosa dan puisi:Prosa – Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Bulan Terbelah dsb

Puisi – syair Perahu, syair Burung Pingai karya Hamzah Fansuri, syair Nur Muhamamad, syair Nabi Ayub dsb Pendidikan dan Ilmu SyariahKedatangan Islam telah menyemarakkan perkembangan ilmu pengetahuan berbanding sebelum Islam. Antara ilmu yang diberi perhatian ialah usuluddin, fiqah dan tasawufAntara kitab penting yang menjadi rujukan – al-Durr al-Manzum oleh Abu Ishak al-Shirazi, kitab Ihya’ Ulummuddin oleh Iman al-Ghazali, kitab Minhaj al-Talibin oleh al-NawawiAktiviti pendidikan berlaku di istana, rumah-rumah ulama’, masjid, surau, institusi pondok dan madrasah. Terdapat guru-guru dari Arab, Parsi, Turki dsbPerkembangan ilmu dan pendidikan ini telah melahirkan ulama Melayu spt. Nuruddin al-Raniri (karyanya: Hidayah al-Iman, Sirat al-Mustaqim

), Abdul Rauf Fansuri (karyanya:

Umdat al-Muhtajin

)

Slide15

Sejarah Pencapaian Tamadun MelayuKerajaan dan Sistem PemerintahanWujudnya beberapa buah kerajaan kesultanan Melayu membuktikan tamadun Melayu telah mencapai kegemilangan dalam pemerintahan dan pentadbiran

Antara kerajaan Melayu – kerajaan Sribuza Islam di Palembang, Samudera-Pasai di Aceh, Melayu Melaka di Tanah Melayu, Pattani di Thailand, Johor-Riau, Mataram, Sulu dsb.

Setiap kerajaan melaksanakan sistem pemerintahan berasaskan Islam. Contoh: Hukum Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka dilaksanakan oleh Kerajaan Melayu Melaka, Hukum kanun Pahang dilaksanakan oleh kerajaan Melayu Pahang

.Sistem pemerintahan kerajaan Melayu ini ditulis di naskhah-naskhah Melayu dan batu bersurat. EkonomiAntara kegiatan ekonomi orang-orang Melayu ialah perdagangan yg berpusat di pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu.Antara pelabuhan yang terkenal ialah di Pasai, Melaka, Aceh dsb.Aktiviti perniagaan di pelabuhan sentiasa dipantau oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkanKegiatan perdagangan memberi kesan kepada kemunculan bandar / pekan. Masyarakat pendalaman turut mengambil kesempatan memasarkan hasil-hasil mereka di pekan / bandar.Penggunaan matawang dalam urusan perdagangan membuktikan pencapaian tamadun Melayu dalam bidang ekonomi

Slide16

PendidikanPendidikan dalam masyarakat Melayu – formal & tidak formalPendidikan formal berteraskan pengajian Islam spt tauhid, fiqah, akhlak, tafsir dsb di institusi pendidikan spt masjid, pondok, madrasah

Pendidikan tidak formal iaitu pengetahuan yang diperolehi secara tidak langsung dalam kehidupan bermasyarakat spt kemahiran berfikir, berbudi bahasa, menghasilkan teknologi, pertukangan, pembuatan kraftangan dsb.

Bukti

pencapaian pendidikan dalam tamadun Melayu ialah:Wujudnya institusi pendidikan IslamIaitu di istana yg dikhaskan utk golongan sultan / bangsawan dan di rumah-rumah ulama yang membuka kelas pengajian agama kepada orang awam.Kecenderungan sultan menguasai pendidikan IslamSultan mendorong ulama-ulama melakukan penterjemahan kitab-kitab Arab ke bahasa Melayu.Kemunculan golongan intelektual MelayuMereka berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan dlm bidang agama dan falsafahKelahiran naskhah-naskhak Melayu / Manuskrip MelayuNaskhah2 yg dihasilkan merangkumi segala aspek kehidupan spt perubatan, ilmu falak, undang2, pemerintahan, pertanian dsb

Slide17

KomunikasiIanya terjalin melalui hubungan perdagangan, diplomatik dan budayaKomunikasi ini banyak diasaskan oleh polisi pemerintah sehingga terjalin interaksi antara rumpun Melayu.

Pemerintah kerajaan Melayu turut berinteraksi dengan tamadun lain termasuk Eropah. Buktinya – ada surat yang melibatkan komunikasi antara raja-raja Melayu dengan pihak kerajaan British.

Sastera

Sastera Melayu berbentuk prosa dan puisiProsa – karya dlm bentuk karangan utk menjelaskan sesuatuPuisi – karya yang memaparkan kemahiran bahsa dan penggunaan kataPenulisan sastera meliputi bidang kenegaraan, pemerintahan, agama Islam, undang-undang dllKemahiran PembuatanMasyarakat Melayu terkenal dengan kemahiran pembuatan barang keperluan yang dipenuhi dengan ciri agama dan nilai estetika.

Slide18

Slide19

Slide20

Slide21

Slide22