/
PJM3118 KECEDERAAN DALAM PJM3118 KECEDERAAN DALAM

PJM3118 KECEDERAAN DALAM - PowerPoint Presentation

acenum
acenum . @acenum
Follow
345 views
Uploaded On 2020-09-28

PJM3118 KECEDERAAN DALAM - PPT Presentation

SUKAN 10 Embarrassing Sports Injuriesmp4 Top 10 Worst Sports Injuriesmp4 Konsep Asas Kecederaan Dalam Sukan dan Prinsip Asas Pertolongan Cemas Definisi Pertolongan Cemas Pertolongan cemas ditakrif sebagai bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada seseorang yang terced ID: 812383

kadar nadi anda yang nadi kadar yang anda denyutan untuk dan dengan mangsa atau jika ini cemas pertolongan heart

Share:

Link:

Embed:

Download Presentation from below link

Download The PPT/PDF document "PJM3118 KECEDERAAN DALAM" is the property of its rightful owner. Permission is granted to download and print the materials on this web site for personal, non-commercial use only, and to display it on your personal computer provided you do not modify the materials and that you retain all copyright notices contained in the materials. By downloading content from our website, you accept the terms of this agreement.


Presentation Transcript

Slide1

PJM3118

KECEDERAAN DALAM

SUKAN

10 Embarrassing Sports Injuries.mp4

Top 10 Worst Sports Injuries.mp4

Slide2

Konsep Asas Kecederaan Dalam Sukan dan

Prinsip Asas Pertolongan Cemas

Slide3

Definisi Pertolongan Cemas

Pertolongan

cemas ditakrif sebagai bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada seseorang yang tercedera dalam sebarang kemalangan sebelum ketibaan bantuan perkhidmatan kecemasan atau

doktor

Pertolongan

cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit

Slide4

Konsep Pertolongan Cemas

Pertolongan

Cemas ditakrifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan Awal yangdiberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secaramengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar  perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Slide5

Skop Pertolongan Cemas

Prinsip Pengurusan Situasi Kecemasan

Slide6

Tujuan Pertolongan Cemas

1.Selamatkan nyawa

Memberi

bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain

lagi.

2.Mengelakkan

dari bertambah buruk 

Memberi

rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah

buruk.

Slide7

3.Mengurangkan kesakitanMemberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit 

.

DAPATKAN

BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN

Dapatkan

bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera

Jangan

 tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.

Slide8

Prinsip-Perinsip Pertolongan

Cemas

Menyalamat

nyawa.

Memberi

pertolongan semasa mangsa tercedera atau memerlukan rawatan perubatan.

Melindungi

dan mengurangkan kecemasan mangsa apabila ada sesuatu bencana berlaku.

Menyediakan

ubatan, alat-alat untuk melindungi orang-orang yang cedera.

menghadkan

kesan-kesan kecederaan.

Menggalakan

pemulihan.

Perhubungan

/ tindakan apabila sesuatu kejadian.

Slide9

Seorang Ahli Pertolongan Cemas Yang Baik dan Mahir

1. Berpengatahuan

2. Tenang

3. Tajam

Pemerhatian

-nampak

segala tanda-tanda dan gejala kecederaan

.

4. Berkeyakinan

5. Amanah dan Bertanggujawab

6. Pantas Bertindak dan Pantas Ikthiar

-menggunakan

dengan sebaik-baiknya apa-apa yang ada sekelilingnya

.

7

. Tidak Kasar/Lemah Lembut

-jangan

menyakitkan orang yang

tercedera

8

. Berakhlak

Budi

-tidak

menambah kesakitan

.

9

. Bertimbang Rasa

-menghiburkan

hati orang yang tercedera

.

10. Sentiasa

tersenyum

-muka

yang tersenyum memberi

keyakinan

kepada pesakit

.

Slide10

Peraturan Am Pertolongan cemas:

1.Memberi

pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu

.

2.Keutamaan

kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit

itu

3.Jangan

sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar

melonggarkannya sahaja

dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu

mula memerhatikan

pergerakan pernafasan mangsa

.

4.Membuat

pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital

.

5.Menahan

pendarahan.

6.Berikan

perlindungan di tempat yang teduh dan selesa.

7.Berikan

pemulihan pernafasan jika mangsa tidak bernafas.

8.Tanggalkan

sebarang objek yang boleh menyukarkan mangsa untuk bernafas.

9.Jika

mukanya pucat, baringkan dan selimutkan mangsa itu

10.Berikan

layanan tertentu yang dikehendaki.

11.Jangan

memberi orang ramai berkerumun

kerana pesakit

perlukan udara yang bersih.

Slide11

Tindakan serta merta pertolongan cemas:

1.Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.

2.Memberikan rawatan renjatan dengan segera.

3.Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.

4.Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

Slide12

Jangan Memberi Apa-apa Minuman

Jika

pesakit itu tidak sedar

Jika

pesakit itu tercedera di bahagian paru-paru atau perutnya.

Slide13

Amali Pengambilan Kadar Denyutan Nadi

Slide14

Nadi

Nadi merupakan gelombang tekanan yang mengalir disepanjang arteri yang wujud akibat denyutanj antung.

Lazimnya nadi dapat dirasai apabila terdapat arteri yang rapat pada permukaan badan.

Bagi orang dewasa,kadar denyutan nadi biasanya antara 60-80 denyutan seminit.

Kadar ini adalah lebih cepat pada kanak-kanak. Ia mungkin lebih perlahan bagi orang dewasayang sihat.

Kadar denyutan nadi mungkin meningkat ketika dalam keadaan takut, demam, letih, kehilangan darah dan sakit. Pengsan, fungsi jantung yang tidak teratur dan tekanan serebral mungkin memperlahankan denyutan nadi

.

Slide15

Dimanakah Nadi Dapat Dirasai

Denyutan nadi lazimnya direkodkan dari pergelangan tangan(nadiradial).

Jika berlaku kecemasan, pemeriksaan denyutan nadi dilakukan dileher, iatu nadi karotid.

Bagi bayi pula, pemeriksaan denyutan nadi dibuat pada bahagian atas lengan bayi, iaitu nadi brakial. Nadi ini mudah untuk dirasai

.

Slide16

Slide17

Panduan Pengambilan Nadi

Gunakan

hujung jari anda

jangan gunakan ibu jari

kerana ia

mempunyai nadinya tersendiri

Untuk mendapatkan denyutan nadi radial,l etakan tiga jari pada bahagian lekuk pergelangan tangan, iatu pada pangkal atau dasar ibu jari tangan. Kemudian tekan perlahan-lahan.

Periksa dan rekodkan

:

•Kadar denyutan nadi

•Daya kekuatan (kuat atau lemah)

•Nada (tetap atau tidak tetap)

Slide18

BILANGAN NADI

SESEORANG;

Peringkat

Bilangan/per minit

Dewasa 70-80

kali

Kanak-kanak

 

90-100

kali

Bayi 100-140

kali

. Kira berapa kali

denyutan

dalam masa 10 saat, dan kemudian gandakan dengan 6. Ini akan memberikan bacaan nadi anda untuk seminit.

Contoh:-

Jika anda mengira 12 denyutan untuk 10 saat, gandakan 12 x 6=72. Ini bermakna kadar denyutan nadi anda ialah 72.

Slide19

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG NORMAL?

KADAR DENYUTAN JANTUNG YANG HENDAK

DISASARKAN?

KADAR DENYUTAN NADI

PEMULIHAN?

Slide20

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG NORMAL?

Denyutan

nadi masa berehat dalam anggaran 60-90 boleh dianggap sebagai kadar denyutan jantung yang normal. Denyutan jantung anda adalah bergantung kepada beberapa faktor termasuklah tahap kecergasan dan tekanan anda. Walaubagaimanapun, jika nadi anda berterusan berada pada tahap atas 90, anda patut pergi berjumpa doktor.Keadaan ini dipanggil 'tachycardia' (kenaikkan denyutan jantung).

Kebanyakkan atlit mempunyai kadar nadi dalam lingkungan 40-60, bergantung kepada tahap kecergasan mereka. Secara umumnya, kadar nadi yang rendah adalah bagus, tetapi jika kadang kala kadar nadi yang anda kira didapati tidak stabil ( contoh seperti rentaknya hilang), ambil kadar nadi anda untuk satu minit. Jika anda mengalami keadaan ini pada kebanyakkan masa, anda harus berjumpa doktor anda.

Keadaan ini dipanggil 'bradycardia' dan boleh menjadi berbahaya terutama bila tekanan darah turut rendah. Simptom-simptomnya adalah seperti letih, kurang tenaga dan pengsan.Jika ini berlaku, anda perlulah mendapatkan bantuan perubatan dengan segera. Banyak faktor yang mempengaruhi kadar nadi. Ini termasuklah emosi, suhu, keadaan postur (duduk, berdiri atau berbaring) dan juga saiz badan anda.

Slide21

KADAR DENYUTAN JANTUNG YANG HENDAK DISASARKAN

Semasa

mengambil bahagian dalam program senaman, adalah menjadi penting untuk anda mempunyai matlamat untuk disasarkan apabila anda melakukan

aktiviti

senaman itu. Untuk lebih baik,

tentunya

anda mahu tidak terlalu susah atau senang.

Berikut adalah formula mudah untuk anda meramalkan Kadar Denyutan Nadi Yang Maksimum( Maximum Heart Rate) dalam industri kecergasan ini.

Slide22

Formula:-

Ambil 220 dan tolakkan dari umur anda

Ini akan memberi kadar denyutan nadi ramalan yang maksimum. Sebagi contoh, jika anda 42 tahun, tolakkan (220-42=178). Ini memberitahu limit pysiological maksimum anda, sama seperti berapa pantas jantung anda berdenyut dalam seminit.

Kebayakkan program senaman menyarankan jika seseorang baru sahaja bermula, kadar nadi semasa bersenam tidak akan sampai 60-70% dari kadar maksimum denyutan nadi.

Sebagai contoh, 60% dari 178=107 bpm, dan jika anda berterusan senaman, peratusan bagi kadar maksimum nadi sepatutnya dijadikan matlamat untuk dinaikkan.

Pengiraan zon kadar denyutan nadi yang dikehendaki (Target Heart Rate):-

Mulakan dengan kadar maksimum nadi anda seperti di atas. 

Gandakan kadar maksimum denyutan nadi (Maximum Heart Rate) anda dengan 0.8 untuk menentukan limit bahagian atas zon kadar nadi yang dikehendaki.(Upper Limit Target Heart Rate Zone) (bahagikan dengan 6 untuk mendapatkan kadar untuk 10 saat). Gandakan kadar maksimum denyutan nadi (Maximum Heart Rate) anda dengan 0.6 untuk menentukan limit bahagian bawah zon kadar nadi yang dikehendaki..(Lower Limit Target Heart Rate Zone) (bahagikan dengan 6 untuk mendapatkan kadar untuk 10 saat). 

Slide23

Contoh:-

Untuk orang yang berumur 42 tahun,220-42= 178 Kadar nadi maksimum ( Maximum heart rate)178 x 0.8 = 142 limit bahagian atas zon kadar nadi yang dikehendaki. (Upper limit of target heart zone (142/6= 24 per 10 saat)178 x 0.6 = 107 limit bahagian bawah zon kadar nadi yang dikehendaki. (Lower limit of target heart zone (107/6= 18 per 10 saat)Kadar maksimum denyutan nadi anda adalah kadar denyutan yang jantung anda patut sampai selepas senaman yang memenatkan.Kadar denyutan nadi anda patut diukur semasa tahap pemanasan, ketika bersenam dan selepas bersenam. Jika semasa senaman anda mencapai tahap limit bahagian atas zon kadar nadi, anda patut menurunkan tahap senaman anda. Dan jika pada penamat kadar nadi anda adalah kurang dari limit bahagian bawah zon kadar nadi yang dikehendaki, anda patut bersenam lebih pada masa akan datang.

Slide24

KADAR DENYUTAN NADI PEMULIHAN

Salah

satu cara untuk mengetahui samada anda mendapat manfaat dari senaman yang anda lakukan adalah dengan cara mengukur Kadar Denyutan Nadi Pemulihan (Recovery Heart Rate).

Ia mengukur berapa cepat anda kembali kepada keadaan Kadar Nadi Semasa Berehat (Resting Heart Rate) selepas bersenam. Untuk mengukur Kadar Denyutan Nadi Pemulihan (Recovery Heart Rate):

Ambil nadi anda untuk 10 saat sebaik sahaja anda lepas bersenam. Tuliskan nombor tersebut. Seminit kemudian, ambil lagi kadar nadi anda dan tuliskan. 

Tolakkan nombor pada keadaan nadi pertama dengan kadar nadi ke-2. Maka ini adalah Kadar Denyutan Nadi pemulihan.